+603-4131 8520 +603-4143 4451 info@azzair.com.my

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login
+603-4131 8520 +603-4143 4451 info@azzair.com.my

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

KEMBARA BAITUL MAQDIS JORDAN DISEMBER 2019 “BERSAMA USTAZ ABD HADI TALHA”

(0 Review)
Price
FromRM 7,490
Price
FromRM 7,490
Full Name*
Email Address*
Your Enquiry*
Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

92


Sebarang Kemusykilan

Sila Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut

+6010-214 6080 (Hasanul)

+6010-214 6144 (Izzudin)

info@azzair.com.my

8 Hari 6 Malam
Availability : 1 Disember - 8 Disember 2019
Kuala Lumpur
Aman Jordan
Penerangan

Tahukah anda fakta di sebalik Baitulmaqdis yang menjadikan ia penting bagi umat Islam?

Fakta mengenai Baitulmaqdis:

1. Tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj

Berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi Muhammad SAW, bersamaan 622 Masihi, ketika baginda berumur 52 tahun, setahun sebelum peristiwa Hijrah dari Mekah ke Madinah.

Perjalanan mengambil masa kira-kira satu malam di mana baginda kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar.

Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin kini, sebelum diangkat dari bumi ke langit ke-7.

2. Tempat ibadat umat Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah

Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmaqdis. Arah kiblat kemudian ditukar ke Kaabah di Mekah selepas peristiwa Israk dan Mikraj sewaktu Nabi Muhammad SAW tinggal di Madinah.

3. Lokasi terletaknya Masjid Al-Aqsa

Membawa maksud ‘Masjid Terjauh’, Masjid Al-Aqsa merupakan salah satu tempat suci agama Islam yang menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama Baitulmaqdis.

Kompleks bangunan tersebut (bersama dengan bangunan Kubah Batu) dikenali oleh umat Islam sebagai Al Haram Al Sharif atau “tanah suci yang mulia” dan oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai Kuil Suci.

4. Tercetusnya Perang Salib Pertama

Pada tahun 1099 Masihi, tentera salib telah berjaya menakluk Baitulmaqdis, termasuk Masjid Al-Aqsa, ketika berlakunya Perang Salib Pertama dan menggunakannya sebagai istana kerajaan dan kandang kuda.

Bagaimanapun, fungsi Masjid itu dapat dikembalikan setelah pasukan Islam dipimpin Salahuddin Al-Ayyubi berjaya merebut kembali Baitulmaqdis melalui pengepungan pada tahun 1187 Masihi.

5. Perubahan yang dilalui

Di bawah pentadbiran Khalifah Uthmaniyah yang memegang kuasa mulai 1517 Masihi, tidak banyak perubahan besar dilakukan ke atas Masjid Al-Aqsa, namun mereka melakukan penambahbaikan pada kawasan Al-Haram Al-Sharif secara keseluruhan.

Tiga buah kubah telah dibangunkan, termasuk kubah yang paling terkenal iaitu Kubah Nabi, yang dibina pada 1538 Masihi.

Pada tanggal 21 Ogos, 1969, terjadi kebakaran di dalam Masjid Al-Aqsa oleh puak ekstremis Yahudi yang didokong kuat oleh Kristian Zionis.

Kebakaran ini juga menyebabkan sebahagian bangunan Masjid musnah dan mimbar kuno Salahuddin Al-Ayyubi yang berusia lebih 800 tahun hancur.

JUM Jelajah Baitul Maqdis bersama Azzair Travel

Kuala Lumpur

Amman Jordan

Pakej Termasuk

  • Penerbangan
  • Penginapan
  • Pemandu Pelancong
  • Makan dan Minum di Hotel & Restoran
  • Pengangkutan Berhawa Dingin semasa Lawatan
  • Yuran kemasukkan muzium2 ( Rujuk Itinerary)
  • Travel Bag

Pakej Tidak Termasuk

  • Tipping
  • Insurans Pribadi
  • Perbelanjaan Pribadi
Jadual Perjalanan

Hari 1Kuala Lumpur – Amman

Berkumpul di Klia bagi taklimat ringkas dan ‘check-in ‘ bagasi.

Hari 2Amman – Jericho – Jerusalem

Tiba di lapangan terbang Amman, di sambut oleh wakil penyedia perkidmatan kami dan terus dibawa ke Allenby Bridge
untuk menyeberangi sempadan. Perjalanan diteruskan ke Jericho City. Jericho adalah bandar di Palestin terletak berhampiran Sungai
Jordan di Tebing Barat, ianya dipercayai salah satu dari bandar tertua yang didiami manusia. Seterusnya berangkat untuk lawatan
ringkas ke Jerusalem. Solat Maghrib dan Isyak di Masjid Al Aqsa. Bergerak ke hotel untuk makan malam dan berehat.

Hari 3Jerusalem

Sarapan. Lawatan penuh ke Jerusalem The Old City. Bandar ini meliputi beberapa tempat suci bagi beberapa agama
antaranya Kubah Dome of the Rock dan Masjid Al Aqsa. Antara tempat lawatan: The Old Market (Pasar Lama) dan Masjid Omar.
Luang masa beribadat di Masjid Al Aqsa. Pulang ke hotel untuk makan malam dan bermalam.

Hari 4Bethlehem City – Hebron

Sarapan. Lawatan penuh ke Bandar Baitullaham (Bethlehem City), bandar Palestin yang terletak di selatan Jerusalem di
Tebing Barat. Pada penganut Kristian, di situ terletak gua kecil di bawah gereja Nativity dimana tempat kelahiran Nabi Isa A.S. dan
di tanda dengan Bintang Perak. Gereja Nativity, Gereja St Catherine dan Masjid Omar terletak bersebelahan antara satu sama lain
dengan berkongsi satu dataran. Perjalanan diteruskan ke Hebron untuk melawat Masjid dan Maqam Nabi Ibrahim A.S. dan ke Jaffa.
Jaffa adalah bandar yang agak tinggi membolehkan pemandangan sepanjang pantai. Ini menjadikan ianya bandar yang strategik
dari segi ketenteraan. Bertolak semula ke Jerusalem untuk solat Maghrib dan Isyak di Masjid Al Aqsa. Pulang ke hotel untuk makan
malam dan berehat.

Hari 5Old City

Sarapan. Melawat Mount of Olives (Mount Olivet) atau Gunung Zaitun iaitu kawasan pergunungan di timur dan
bersetentang dengan Jerusalem The Old City. Ia di beri nama sedemikian kerana rimbunan pokok zaitun yang dahulunya
memenuhi lereng-lerengnya.Seterusnya berangkat ke Makam Rabi’atul Adawiah (Rab’a Adaweyah), Makam Nabi Daud A.S.,
Makam Sulaiman Al Farisi dan Makam Nabi Musa A.S. Bertolak balik ke hotel di Jerusalem, makan malam dan berehat.

Hari 6Jordan

Sarapan. Bertolak ke sempadan Jordan. Di Jordan terus melawat Makam Sahabat Rasulullah S.A.W. Abu Ubaidah Jarah,
salah seorang panglima perang di bawah Khalifah Umar. Seterusnya melawat Makam Nabi Yousha Bin Noon A.S. yang merupakan
cicit Nabi Yusof A.S., seorang Nabi yang rapat dengan Nabi Musa A.S. dan kemudiannya mengambil tempat sebagai pemimpin
Bani Israil selepas kewafatan Nabi Musa A.S. Teruskan perjalanan ke Hotel di Amman untuk makan malam dan berehat.

Hari 7Jordan

Sarapan. Lawatan bermula dengan melawat Makam Sahabat Rasulullah S.A.W. iaitu Abdul Rahman Bin Auf dan Bilal bin
Rabah. Seterusnya ke Timur Jordan menuju ke Kota Padang Pasir Jordan (The Desert Castles Of Jordan) dimana kota-kota berkenaan
pernah di gunakan di zaman pemerintahan dahulu kala. Selepas itu rombongan akan melawat pokok yang terakhir yang masih hidup
dimana Rasulullah S.A.W. pernah duduk dibawahnya semasa baginda melawat Syria. Hotel untuk makan malam dan berehat

Hari 8jordan – Kuala Lumpur

Sarapan. Lawatan bermula di Gua Ashabul Kahfi, dimana tujuh pemuda yang alim melindungkan diri dari kekejaman raja yang
memerintah dan Allah mengurniakan bantuan kepada mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun. Cerita ini di
ceritakan dalam Al Quran dalam surah Al Kahfi. Gua ini terletak di pinggir Abu Alanda di Amman. Seterusnya melawat tempat
yang paling rendah di daratan dalam dunia iaitu Laut Mati yang berada lebih dari 400 meter di bawah aras laut. Air laut ini
mempunyai ketumpatan garam yang tinggi yang menyebabkan orang senang terapung manakala selut hitamnya yang tinggi bahan
mineral digunakan sebagai bahan untuk perubatan dan kecantikan. Akhir sekali melawat Makam Nabi Shuib A.S. Beredar ke
lapangan terbang untuk penerbangan kembali ke Kuala Lumpur.

Download
Galeri